Cara membuat Kuih Mochi Kacang Merah

Kuih Mochi ialah sejenis kuih kegemaran orang Jepun. Ia dibuat daripada biji beras sejak zaman dahulu. Namun zaman sekarang biasanya tepung gandum akan digunakan kerana mudah diperolehi. Biji beras akan ditumbuk halus hingga lembut dan melekat,lepas itu dipenyetkan bentuk menjadi bulat,masukkan inti ke dalam dan dibalut dengan teliti. Di negara Jepun,kuih Mochi ini sering disediakan orang tua dan akan dimakan ramai-ramai ketika menyambut perayaan tahun baru (perayaan tradisional mochit-suki).Oleh itu kuih Mochi ini akan dijual dan mudah diperoleh di mana mana kedai kuih  seluruh negara Jepun sepanjang tahun.

Di Malaysia,Mochi adalah makanan kegemaran masyarakat Cina. Ia akan dihidangkan semasa perayaan TAHUN BARU CINA dan makan beramai ramai dengan Teh China. Bahan untuk adunan Mochi :

  • Tepong pulut Mochiko 200g
  • 4 sudu gula
  • 200-240ml  air suam
  • Serbuk protein 2 sudu
  • Tepong jagung untuk menyaluti mochi
  • Pewarna (tambahan saja)

Bahan bahan untuk Inti (paste kacang merah)

  • Kacang merah 200gm
  • Gula 100gm
  • 1/2 sudu Garam

Cara menyediakan inti sedap:

1.Bijian Kacang merah direndamkan terlebih dahulu, selama 1 malam,kemudian direbus sehingga menjadi lembut barulah masukkan gula. Sekiranya anda masukkan gula dan air sekali, akan menyebabkan kacang merah lambat untuk lembut.

2.Untuk menyediakan inti dalaman, paste kacang merah tersebut diulikan berbentuk bebola setiap satu 20gm.Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum diperlukan.

Cara membuat adunan Mochi :

1.Adunkan tepong pulut bersama gula dan air ke dalam bekas, Dikacau serata dan masukkan sedikit pewarna ke dalam bekas.

2.Kukuskan adunan itu di dalam dulang selama 15 minit. Keluarkan dan letak di atas kertas aluminium foil. Taburkan sedikit serbuk protein ke atas permukaan adunan itu. Pastikan adunan tersebut diuli dengan seragam. JAGA-JAGA IA MASIH PANAS.

3. Kukus sekali lagi dalam 2 minit. Bentukkan adunan itu dalam bentuk bulat 2 – 2.5 cm.

4. Masukkan inti kacang merah tersebut ke dalam adunan itu. Balutkannya dan mula diuli dengan perlahan dan seragam. Pastikan tapak tangan disalut dengan tepung jagung supaya adunan tidak melekat dengan tangan.

(Taburkan bijan ke atas permukaan Mochi itu sekiranya anda suka memakan bijan) Berhati-hati langkah membentuk BEBOLA paste kacang merah tadi kerana adunan masih panas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *