Mee Kuah Kelantan Yang Ringkas Tapi Lazat

Sedapnya kalau sambil makan mee, dapat hirup kuah panas-panas, orang kata memang terbaik! Beribu resipi mee di market tapi kali ini kita cuba mee Kuah Kelantan Style pula. Ringkas tapi yang pasti memang lazat.

Bahan-bahan (A) mee Kuah Kelantan Style:

  • 3 ulas Bawang putih
  • 1 ulas Bawang besar
  • 3 ulas Bawang merah
  • Halia saizĀ  inci besar
    (Semua bahan 1-4 dikisar)
  • 1 sudu garam
  • 1 peket mee kuning / kuey teow

Bahan-bahan (B) sambal kicap:

  • 3 sudu Kicap
  • 1 sudu Garam
  • 1/2 sudu Gula
  • 1 biji Limau kasturi dipotong dua (1/2 ditumbuk, 1/2 letak tepi)
  • sedikit Cili padi dipotong halus
    (campur semua dan ditumbuk serata)

Bahan-bahan (C) tambahan:

  • sedikit serbuk Lada hitam
  • sedikit Sayur-Sayuran (Ikut citarasa masing-masing)
  • 1 biji Telur
  • 150 g isi Ayam
  • 300 g Udang

Cara-cara:

  1. Panaskan periuk, letak sdikit minyak masak, Tumiskan bahan (A) yang dikisar tadi.
  2. Ketika tumisan dah cukup naik wangi, masukkan serbuk lada hitam dan garam.
  3. Masukkan sedikit air
  4. Masukkan sayur-sayuran yang ada. Biarkan mendidih.
  5. Setelah mendidih masukkan mee kuning. seblum itu, mee kuning kena direbuskan dahulu. Masukkan gula dan garam secukup rasa. gaulkan sekejap.
  6. Letakkan ayam dan biarkan ia mendidih juga.
  7. Ketuk telur dan masukkan (tak perlu kacau)
  8. Masukkan udang yang dipotong halus
  9. Tutupkan api dan tuang ke dalam mangkuk besar. letak 1/2 biji limau tadi di atas mee.
  10. Mee kuah Kelantan style telahpun siap dan dihidangkan.

Tips: Nak lagi sedap dan manis boleh cuba tambahkan daging lembu dalam resepi ini. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *