Rumah Berbau Kucing Dan Berpekung? Boleh Usahakan 2 Bahan Simple Ni Untuk Hilangkannya, Anak-anak Pun Boleh Buat!

Bagi mereka yang memelihara kucing, masalah bau kucing seperti bau kencing dan najis serta bau kepam di kawasan sekitarnya akan mempengaruhi seluruh kawasan rumah.

Walaupun dijaga dan dibersihkan dengan sebaiknya setiap hari, tak dinafikan bau-bau kurang enak ini masih lagi tertinggal saki bakinya. Ada cara yang boleh dilakukan untuk memulihkan kualiti udara rumah anda.

Tidaklah mengharumkan seluruh rumah tetapi bau kurang enak dan bau kepam ini akan semakin hilang. Apa petuanya? Ikuti cara dan petua ini.

Bahan:

  • Soda bikarbonat
  • Air mencukupi

Caranya:

  1. Bancuh soda bikarbonat bersama air secukupnya.
  2. Kemudian masukkan ke dalam bekas spray. Ketepikan.
  3. Bancuh soda bikarbonat dengan air dalam satu bekas lain dan biarkan terdedah berdekatan kawasan kucing.
  4. Selepas membersihkan kawasan kucing setiap hari, sempurkan bancuhan air ke seluruh kawasan.
  5. Jangan lupa letakkan satu bancuhan lagi di kawasan berdekatannya.
  6. Bau kurang enak akan semakin pulih dan berkurang.

Ektra Tip Hilangkan Bau

Mahu lebih harum dan wangi, anda boleh juga meletakkan dua bahan ini iaitu daun pandan dan arang di dalam kawasan yang sama.

 

Daun Pandan
Hiris daun pandan halus dan taburkan di sekeliling kawasan tempat tinggal kucing. Biar sepah sedikit asalkan baunya lebih harum.

Arang
Arang juga bertindak menyerap segala bau-baunya yang kurang enak. Letakkan dipenjuru kawasan dimana diletakkan kucing anda. Biarkan sahaja ia menyerap segala bau-bauannya.

Selamat mencuba

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *